CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 5, 2009

Tapak baru

Terima kasih Allah terima kasih.
Spls hari raya tempoh hari, aku dpt offer dr seseorg utk pajak di kebun dia. tak byk 2 ekar je... boleh la tanam lebih kurang 24k pokok. Tuan kebun tu minta usahakan tanah dia, slps 4 thn tanamkan benih kelapa sawit di kebun tu. Sebelum kelapa sawit tu membesar, kasan sekitar masih boleh ditanamkan nenas utk 3 tahun lg. maknanya aku boleh usahan kebun tu dlm 7 thn. Semua ini indon yg usahakan. itu je la yg aku mampu.

inilah rupa indon yg mengerjakan nenas2 aku. Biasanya dia akan bw geng2 dia bila kerja. Setakat ini baru tertanam 7000 pokok. Ketika ini benih nenas agak kekurangan dan spt biasa bila permintaan melebihi produk harga menjadi tinggi. Kos benih bagi setiap 1000 pokok = RM120. Itu harga benih siap sedia di tapak kebun. Ya Allah mudahkanlah aku utk dapatkan benih seterusnya. terima kasih Allah, terima kasih.

sedara tgklah bila buka kebun baru, byk akar2 pokok hutan lagi... he... boleh tahan jgk nak kerjakan tu...

Alhamdulillah.. terima kasih Allah, bahagian blakang kebun ini ada sistem parit. jd tak perlu buatkan kolam utk dptkan punca air.

Perkembangan nenas di beteng

Ya Allah inilah yg aku termampu ya Allah... ake redho ya Allah. terima kasih Allah terima kasih.
Inilah keadaan nenas di beteng. Agak kurang terjaga dek krn indon yg biasa aku upahkan dah lari buat kerja lain... Dr itu proses membaja nya telah terlewat dan akibatnya pokok tak brp menjadi. Walaupun ianya siap ditanam bulan jan lps tp hingga skrg masih belum boleh utk dihormonkan sbb pokok masih kecil. Cuma sedikit josa yg telah dihormon tapi malangnya btg putik nenas tu plak pecah2 dah... indon skrg yg aku upah tak buat kerja spt yg aku minta. sepatutnya apabila putik nenas telah mulai keluar, ia perlu disembur hormon planofix atau guna capsule/pil nenas yg dicampurkan dgn air. Tapi tak pe, itu asam garam bila buat kerja di upahkan org. he he... aku dah la mmg tak berkesempatan. Ye la duk jauh konon..
Keadaankebun pun agak semak. Harapan aku moris yg ada tu boleh mngeluarkan hasil bg menampung kos yg telah dikeluarkan. Ya Allah tambahilah lagi rezeki utk ku, dan jadikanlah rezeki yg Ka u berikan nnt bermanfaat untk agamaMu, dan keluarga ku.. terima kasih Allah.


Perkembangan terkini

Alhamdulillah terima kasih Allah, terima kasih.
Dapat jugak aku upload beberapa gambar untuk share dgn saudara2 diluar. int. tgh slow ni..

Di bawah ni pokok nenas yang aku beli dari seorg indon pd bln 9 lepas. Waktu tu umur pokok ni baru 4 bln. Minggu ni inshaAllah akan sembur hormon buah (Ethrel). Indon tu sgt2 perlukan duit utk p haji. Jadi byk tanaman dia di sini dijual kepada rakan2 mereka dan org tempatan. Indon itu pada pemerhatian aku adalah jutawan. Dia mmg dah lama di sini dan hasil dia mmg dah byk...
Dgr crita dr rakan2 indon yg lain dia dah byk buatkan rumah utk sanak saudara di indon sana. Tgk lah indon di sini berjaya. ini cuma satu contoh. tapi byk rakan2 kita diluar sebuk kata takde keje dan lebih suka kerja operator kilang... bukan niat aku nak rendah-rendahkan kerja seorg operator kilang, tp tu hakikat ramai org melayu yg lebih suka makan gaji. Ya Allah Kau jadikanlah aku antara tangan2 yg di atas. Aku rela ya Allah utk jd org2 yg tangan di atas.

yg di bawah ni pandangan dr sblh blakang kebun. Jumlah pokok lebih kurang 15k. tapi ini aku kongsi dgn empem (budak kg aku). Empem ni tgh semangat utk mengembangkan proj nenas. Aku sikit2 je..

Yg bwh ni plak nenas blakang rumah family aku. Dah berputik dah. InshaAllah sebelum raya cina nnt akn tuai.


Yg ni plak nenas josa juga blakang umah family. tak la byk lebih kurang 3000 pokok.