CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 30, 2009

Projek Nanas (Belakang rumah family 1/2 ekar)

Bismillah.

Alhamdulillah.. projek nanas aku di sini telah siap ditanam awal Jan lepas untuk musim yang ke 2. Tak banyak >< 1/2 ekar shj. Separuh drpd nya aku tanam nanas Josapine dan yg lain Moriss. Proses menanam agak terlewat sbb indon yg biasa aku guna dah lari, Ops! bukan lari... tp dia dah mengupah potong klp sawit je. Sepatutnya.. tapak ini di tanam lebih awal berbanding tapak di Beteng. Tapi takpe benih nanas ni dia tahan lama cuma kesannya lambat sikit nak keluar daun baru. Sorry takde gambar aku nak post, klu post pun gambar dia lebih kurang sama dgn post yg lepas je. Jd klu nk tgk gmbr tu tgk yg lepas je la... Huah! Huah Huah!...

Friday, January 9, 2009

Projek Serai (pt bengkok)

Assalamu'alaikum sahabat sekalian,
Di sini aku cuma nak kongsi beberapa gambar untuk memulakan projek serai aku. Walaupun pada post sebelum ini aku ada nyatakan projek serai aku yang pertama akan aku buat di area pt besar bagan, tapi atas beberapa faktor yang telah aku ambil dan rakan sekampung aku yang pada mulanya bersetuju untuk handle projek tu bila dah start kurang menunjukkan minat untuk meneruskannya, jadi aku KIV dulu projek di sana.
Akan tetapi serai aku tetap teruskan jugak dan kali ni aku buat di pt raja shj. Jadi mudah untuk aku monitor projek ini sbb dekat dgn tempat kerja aku.
Projek ini aku buat di pt bengkok dgn keluasan ><1.5 ekar shj sbg permulaan. Untuk projek ini aku tidak keseorangan... aku buat dgn partner aku Peserai. Hah... nickname pun dah serai tu yg aku suka tu... Sebenarnya dia berasal dari Peserai Batu Pahat. Dia juga adalah rakan se department. Dia ni mmg OK org nya... Satu lagi kebun yang aku buat ni sebenarnya member kita orang punya dia sambung belajar di Jepun (PhD). Aku respect gila kat dia ni sbb kebun dia emm... byk la jgk. Peserai yg deal ngan dia tapi tak tahu lagi status dia macamana ssb dia kata nak bincang dulu (mbe apa kebaikan yg dia dapat), tapi bila Si Peserai kata, member yg kat Jepun tu kata OK je (belum bincang lanjut lagi) kita orang dah belasah kebun tu.... HAh! HAh! Hah!.... lihat je la gambo kat bawah ni..... (Member di Jepun jgn risau.... enta tetap akan dapat kebaikannya). Gambar ketika pertama kali melawat kebun.

1 minggu kemudian. Teng teng teng... (dah clear dah...)


Kolam ni dibina bagi memudahkan kerja2 meracun dan menyiram nnt

Sahabat nak tahu tak? Kebun ni ada penghuni ISTIMEWA. Cuba lihat gambar di bawah.... Kejap lagi bila bulan penuh.... banyak la madu tu... (ye ke! aku pun tak tau bila madu dia penuh). Cuma apa yang aku harapkan, semoga usaha yang aku lakukan mendatangkan hasil yang semanis madu.... (Ya Allah berkatilah usaha kami ini dan datangkanlah hasil yang sangat hebat melalui sifat Maha PemurahMu bagi memberi peluang anak2 kami mendapat pengajian yg melayakkan mereka untuk menghapiri MU ya Allah). Ini adalah cita2 kami berdua supaya anak2 kami tidak semata-mata mendapat pendidikan sekular shj.

Ok sekian dulu......

Tanaman nenas di kebun Beteng

Benih nanas yang baru shj siap ditanam. (1/2 ekar)







Friday, January 2, 2009

Eksperimen Serai di tanah Gambut

Ini adalah percubaan aku untuk projek serai di tanah gambut....
Memang ramai yang telah maklumkan bahawa serai di tanah gambut tak berapa sesuai. Tapi aku nak lihat sendiri apakah hasil yang akan aku perolehi nanti...


Ni adalah tanah gambut (tapak projek nanas aku yang telah siap dibakar). Aku buat ekperimen untuk 50 kg serai.
Benih yang dibeli dari pembekal
Serai yang telah siap ditanam

Thursday, January 1, 2009

Langkah pertama ke projek SERAI...

Lama telah ku cari akhirnya dapat juga...



Salam dan selawat buat Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. , kaum kerabat baginda dan para sahabat baginda.... salam juga buat rakan2 di luar terutama otai2 serai....

Alhamdulillah... tapak projek untuk serai yang aku cari2 akhirnya dapat juga... Sebenarnya banyak tanah yg boleh diusahakan tapi setelah mengambil kira kos penyediaan tapak, banyak yang aku reject sbb kekangan sumber kewangan (pajakan yg mahal dsb). Memang dah lama aku nak buat projek serai ni dan banyak info yang aku dapat dari blog2 penyerai yang kalau aku nak listkan mmg byk... Sifu yang pertama kali aku contact adalah bro panjang Therion dan aku dah melawat pun tapak proj dia. TQ bro.
Sebenarnya tapak yg aku dapat takla besar mana... (lebih kurang 2.5 ekar) sbb aku nak buat sedikit demi sedikit. Belajar dari pengalaman.... nak buat banyak terus masih belum berkemampuan rasanya, terutama dari segi tenaga kerja. Target mula tanam hujung Jan nie... InsyaAllah. Sekarang baru dalam proses nak clearkan tanah. Tanah ni... tuan kebun tu minta usahakan tanpa bayar pajakan. Dia cuma minta tanamkan kelapa sawit sedikit demi sedikit (selepas setahun diusahakan). Itu je... Jadi apa lagi aku pun OK jela...

Projek ni aku akan buat bersama kawan sekampung (kg semerah). Jadi bolehla dia tgk2 waktu Office hour. Maklumla aku kerja makan gaji....

Ni gambar kebun tu. Bahagian depan ada 2 batang pokok getah dan 1 batang pokok jawi. (Aku pun tak tau apa itu pokok Jawi). Ni tuan kebun tu yg bagitau...

Yang ni bahagian tegah kebun tu.... akan dibersihkan menggunakan jentera shj.





Bahagian belakang kebun ni bersambung dengan tower TNB. Jadi... bila semua ni dah siap plannya nak blasah je bawah Transmission line tu... Tower tu tak dapat nak ambil gambar... sebab semak tebal...
OK la tu je... aku harap Otai2 serai dapat membantu aku nanti bila diperlukan....