CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 16, 2008

Aktivitiku pada Sabtu dan Ahad

Hmmm.... lebih kurang sebulan aku tak login ke blog aku ni... maklumlah ade kerja2 opis yg perlu diselesaikan... kat rumah takde intrnt plak tu.... lps je dpt buat blog tempoh hari aku diamkan je dulu.... kasi mandremla...

Ok.ni aku cuma nak kisahkan sedikit sejarah hidupku dan aktiviti ku pd hari sabtu n ahad.

Dari mana aku nak start yek. Ok la... Aku berasal dr kg semerah darat tapi sejak aku sek menengah kg ku yg darat ni telah di kenali sbg pt. ulu semerah dan di alamatkan ke pt sulong iaitu berposkod 83500. Aku telah amik SPM pd thn 1996 dan mendapat keputusan yg agak membanggakan aku dan keluarga aku... (kononnya aku la yg paling hebat antara yg lain). Sek Men SEMERAH itulah tempat aku menimba ilmu. Sebenarnya slps PMR aku ada ditawarkan ke sek teknik JB, tapi aku menolak atas alasan kewangan. Kalau nak tahu, sepanjang tempoh aku di sekolah menengah aku mmg dah biasa dgn kerja2 perkebunan (Nanas) menolong org tua ku. Sebelah pagi aku ke sekolah, ptg ke kebun sekitar 2 jam gitula....

Di Sek ini aku jg ditawarkan untuk jadi pengawas tapi aku tolak sbb kalau aku jadi pengawas aku tak dapat turun ke kebun. Maklumla pengawas biasanya terpaksa balik lewat... (Ini takbermakna aku tak suka jadi pengawas).

Selepas SPM aku sambung belajar utk Diploma... walaupun result yg aku dapat melayakkan aku utk terus ke peringkat Degree tapi ntah mcmana aku boleh apply Diploma je... tapi syukur Alhamdulillah akhirnya aku dapat juga degree dan seterusnya Master. Dalam tempoh pengajian tsbt setiap kali cuti semester aku pasti turun ke kebun, utk... cari peluh la.. org kata. Senang kata aku mmg suka turun ke kebun sampai lani...

Semua kebun tu sebenarnya org tua aku punya, aku cuma tolong mereka shj... adalah lebih kurang 6 ekar... semuanya nanas. Maklumla tanah gambut....

Bermula 2007 aku ada mengusahakan proj nanas ku sendiri.. tu pun tak byk dalam 2 ekar shj.... dan dah harvest pun tahun ni. Alhamdulillah... walaupun sikit tapi aku anggap ia sbg bonus utk aku. Lani nak start menanam semula di tapak yg sama. Nnt aku aku kongsikan di sini....

Ini adalah haiwan ternakan aku (org kg aku panggil GRABAK) yg aku guna utk mengangkut nanas, baja, benih dll. Kalau korang nak tahu design grabak mcm ni pernah masuk TV3 satu masa dulu... ia dijalankan dgn menggunakan enjin vespa. Area semerah dan ayer hitam muar ni mojoriti gunakan haiwan ini dalam kerja2 perkebunan mereka. Siap ada yg buat GRABAK 4wheel lg... yg bestnya grabak ni laju sikit berbanding kobota. Jadi kalau kosong tu boleh jgk wat race... he he....


Kebun nanas yang telah diracun utk penanaman semula (1/2 ekar). Bila dah kering nnt bolehla dibakar... bg clear. Hujung Dec akan bermula kerja2 menanam . Tapak ni akan ditanam dgn Nanas Moris dan sekidit Nanas Josapine.

Thursday, November 20, 2008

Alhamdulillah.....

Bismillahirohmanirohimm...
Syukur ke hadrat Illahi akhirnya aku dapat juga mewujudkan blog untuk merakamkan aktiviti2 perkebunan aku. Walaupun blog aku ni masih lagi tak sempurna (akan ditambah dr masa ke semasa) dari segi capaiannya, tapi aku tetap bersyukur krn dengan ini aku dapat setlekan langkah pertama aku. Walaupun aku tak tau macamana nak create blog at d first (0 knowledge), tapi hasil perbincangan dgn isteri untuk meng-explore blog (konun2 nk jd blogger jgk la...) dan akhirnya inilah yg terhasil. Ucapan setinggi2 terima kasih dan penghargaan ke atas isteri aku yg disayangi... krn dengan bantuan dialah blog aku nie dapat diwujudkan.
Kalau ko org nak tau kenapa aku wujudkan blog aku sendiri, jawabannya adalah kerana aku teruja setelah membaca blog2 otai2 serai yg mana aku letakkannya sbg favorite aku. Setakat ini, dalam favorite aku dah ada 22 blogs penyerai yg hebat2 walaupun aku belum bjumpa dgn mereka lagi (bro panjang therion/megatherion shj yg telah ku temui setakat nie...).
Ia juga merupakan langkah aku untuk start menyerai dan meyertai group LemongrassGroup.com andai di izin....
Juga untuk makluman rakan2 sekalian, sebelum aku teruja dengan dunia penyeraian ini, aku ada mengusahakan nanas secara sederhana. (kebun family la tapi.... sendiri punya adalah dalam 2-3 ekar). So sesapa yang nak makan nanas bolehla... helloo...
Ok itu je la setakat nie.... aku pun tak pandai lg nak goreng dalam dunia perbloger-an nie...