CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 1, 2009

Langkah pertama ke projek SERAI...

Lama telah ku cari akhirnya dapat juga...



Salam dan selawat buat Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. , kaum kerabat baginda dan para sahabat baginda.... salam juga buat rakan2 di luar terutama otai2 serai....

Alhamdulillah... tapak projek untuk serai yang aku cari2 akhirnya dapat juga... Sebenarnya banyak tanah yg boleh diusahakan tapi setelah mengambil kira kos penyediaan tapak, banyak yang aku reject sbb kekangan sumber kewangan (pajakan yg mahal dsb). Memang dah lama aku nak buat projek serai ni dan banyak info yang aku dapat dari blog2 penyerai yang kalau aku nak listkan mmg byk... Sifu yang pertama kali aku contact adalah bro panjang Therion dan aku dah melawat pun tapak proj dia. TQ bro.
Sebenarnya tapak yg aku dapat takla besar mana... (lebih kurang 2.5 ekar) sbb aku nak buat sedikit demi sedikit. Belajar dari pengalaman.... nak buat banyak terus masih belum berkemampuan rasanya, terutama dari segi tenaga kerja. Target mula tanam hujung Jan nie... InsyaAllah. Sekarang baru dalam proses nak clearkan tanah. Tanah ni... tuan kebun tu minta usahakan tanpa bayar pajakan. Dia cuma minta tanamkan kelapa sawit sedikit demi sedikit (selepas setahun diusahakan). Itu je... Jadi apa lagi aku pun OK jela...

Projek ni aku akan buat bersama kawan sekampung (kg semerah). Jadi bolehla dia tgk2 waktu Office hour. Maklumla aku kerja makan gaji....

Ni gambar kebun tu. Bahagian depan ada 2 batang pokok getah dan 1 batang pokok jawi. (Aku pun tak tau apa itu pokok Jawi). Ni tuan kebun tu yg bagitau...

Yang ni bahagian tegah kebun tu.... akan dibersihkan menggunakan jentera shj.





Bahagian belakang kebun ni bersambung dengan tower TNB. Jadi... bila semua ni dah siap plannya nak blasah je bawah Transmission line tu... Tower tu tak dapat nak ambil gambar... sebab semak tebal...
OK la tu je... aku harap Otai2 serai dapat membantu aku nanti bila diperlukan....

0 comments: